Wednesday 29 February 2012

Mencari Jodoh

Wahai sahabat...apa jawabmu jika ditanya : "Bagaimana dapat kutemukan pasangan hidup yang setia?"

Kuakui soalan ini amat indah untuk dicerna,
namun sukar untuk dilaksana....

Bagiku....
seorang pemburu cinta....
Dia ibarat seseorang yang berada di padang rumput yang menghijau luas...
Impiannya adalah mencari sehelai rumput yang paling cantik di antara sekian banyak rumput yang melata.

Dia berjalan, dan terus berjalan. Bila sahaja matanya tertancap pada sehelai rumput yang dirasakannya paling cantik, hatinya pula berkata : "Nanti dulu! Rumput-rumput di depan ini masih banyak, mungkin ada yang lebih cantik dari yang ini..."

Lalu, rumput itu ditinggalkan dan dia meneruskan pencarian. Namun akhirnya, tanpa disedari dia sudah pun sampai ke penghujung padang yang luas, tetapi tiada sehelai rumput pun yang berada di dalam genggaman...

Untuk berpaling ke belakang dan kembali mencari, dia sudah keletihan, sedang masanya juga sudah banyak terbuang tanpa penghasilan....

Inilah realiti hidup....

Justeru, dalam mencari pasangan hidup, janganlah selalu membanding-bandingkan dan berharap akan ada seseorang yang lebih baik di hadapan, kerana jika itu kau lakukan, masamu akan hilang, tubuhmu pasti kelelahan...

Ambillah pedoman agama....pesan Rasul menjadi syaratnya, reda ALLAH matlamat utama...pasti bahagia akan kau kecapi sehingga ke syurga sana, InsyaALLAH :)
(ambilan dari facebook)


Bahaya dan halal/haram minyak terpakai yang dijual dalam peket

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi berkata, ujian yang dijalankan ke atas 19 jenama minyak masak murah di seluruh negara mendapati minyak masak yang telah digunakan dan didedahkan pada haba panas berulang kali tidak selamat untuk kesihatan pengguna.Beberapa pengilang dipercayai membeli minyak masak terpakai di restoran menerusi orang tengah dan memprosesnya semula untuk dijual.

Sampel yang dihantar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk diuji ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semua 19 jenama tidak menepati piawaian antarabangsa.

Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Status halal/haram  minyak masak ini juga meragukan. Minyak masak kitar semula ini biasanya dijual dalam bentuk peket 1 kg. 



Tiga perkara yang mengikut mayat ke kubur

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya.
(Riwayat Muslim, #5260)

Tujuh kalimat yag harus dbiasakan


1.Bismillahirrahmanirrahiim :)
Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah :)
Setiap kali habis melakukan sesuatu.

3.Astaghfirullah :)
jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.Insya Allah :)
jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)
bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)
jika melihat/menghadapi musibah.

7.Lailaha illallah :)
bacalah siang & malam sebanyak2nya.


Rasulullah bersabda :)

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala... :)


Penawar Jiwa

Orang yang di dalam DADANYA terdapat kebun IMAN dan ZIKIR serta di dalam fikirannya tercipta taman ILMU dan Pengalaman, Maka dia TIDAK akan bersedih dengan apa-apa yang TIDAK dimilikinya di DUNIA ini.



Senaman mata kuatkan ingatan

Boleh try cuba nih....


Boleh pening juga rasanya....thanks to wangciber.com

Thursday 16 February 2012

Puding Kastard Buah Peach



Puding kastard sedap dimakan sejuk, keenakannya terasa lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas ni.
Jom cuba

Bahan-bahan

1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan gula

1 tin susu cair
3 tin air
gula secukup rasa
1 tin buah peach
2 sudu makan tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)

Cara membuat puding kastard
Campurkan tepung kastard, air dan gula dan dimasak sehingga pekat,likat dan berkilat
Kemudian masukkan ke dalam loyang atau acuan..biarkn sejuk.
Masukkan puding kastard ke dalam peti sejuk

Cara membuat kuah
Masakkan susu cair,air dan gula. Masukkan sekali bancuhan tepung kastard
Masak hingga mendidih dengan api yang sederhana dan dikacau selalu.
(Gula yang di masukkan bergantung kepada tahap rasa manis yang tuan puan kehendaki
Bila dah masak,biarkan ia sejuk
Masukkan ke dalam peti sejuk
bila puding dan sos dah sejuk, masukkan keduanya ke dalam mangkuk,dan campurkan air dan buah peach yang di dalam tin tadi

Wednesday 15 February 2012

Masak Lemak Udang dengan Kacang Panjang


Makan nasi panas dengan lauk masak lemak sangat menyelerakan, ditambah lagi dengan sedikit ulam dan sambal belacan serta ikan bakar. Sesekali keenakannya sukar diungkap..sesekali je la, kalau selalu, mau darah tinggi makan lauk masak lemak ni...untuk sesiapa yang nak mencuba, ianya sangat simple tapi sedap..berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan.
500 gm udang
1 inci kunyit hidup
7 biji cili padi (kalau nak pedas, bubuh lebih)
2 batang serai (diketuk)
5 tangkai kacang panjang  (dipotong pendek)
2 cawan santan
1 keping asam keping

Mula-mula, bersihkan udang.
Tumbuk kunyit hidup dan cili padi hingga lumat
Masukkan santan, kunyit dan cili padi yang ditumbuk tadi serta serai ke dalam periuk. Masukkan juga asam keping
Panaskan hingga mendidih. Jangan lupa kawal api supaya santan tidak pecah minyak. Caranya ialah api tidak boleh terlalu kuat atau terlalu perlahan. Jangan sampai kuah mendidih hingga berbuih. Biarkan ia mendidih dalam kadar yang sederhana.
Bila mendidih, masukkan udang. Bila udang dah masak, masukkan garam dan kacang panjang.
Biarkan sekejap, kemudian tutup api. Perasakan masakan ikut selera anda.


Masak Lemak Ikan Terubuk Masin dengan Nangka Muda


Sekali-sekala makan nasi dengan ikan kering ni best juga. Masakan kuning berlemak ni biasanya orang Negeri Sembilan panggil gulai. Kalau orang utara, depa panggil masak lemak. Saya belajar masakan lemak kuning ni dari kawan-kawan Negeri Sembilan. Bahan asas dia senang saja, iaitu serai, kunyit, cili padi, santan dan sedikit asam keping. Untuk menikmati hidangan masakan masak lemak ikan terubuk masin dengan nangka ni, cuba lah respi di bawah.

Bahan-bahan
2 potong nangka
1/2 ekor ikan terubuk masin (dibuang sisik dan direndam untuk membuang masinnya)
7 biji cili padi  
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
2 cawan santan pekat.

Nangka dipotong, basuh dan toskan, kemudian direbus sehingga lembut
Potong ikan terubuk menjadi cebisan yang lebih kecil
Cili padi dan kunyit ditumbuk halus

Masukkan santan ke dalam periuk
Masukkan cili padi dan kunyit hidup yang telah ditumbuk tadi. Masukkan sekali serai dan asam keping
Biarkan kuah mendidih dan jaga api supaya tidak kuat dan tidak terlalu perlahan untuk memastikan santan tidak pecah minyak.
Masukkan ikan masin dan nangka
Biarkan lagi hingga mendidih dan ikan masak.
Masukkan garam dan sesuaikan dengan rasa yang dikehendaki

Saturday 11 February 2012

Kuih Serimuka



Serimuka ialah kuih tradisional yang sentiasa malar segar (evergreen). Kuih ni tak jemu dimakan, baik generasi lama atau muda. Lebih istimewa lagi dibuat untuk minum petang bersama keluarga, atau pun sekali-sekala ketika bersantai bersama kak limah di serambi. Bukan hantu kak limah ye...ni kak limah jiran sebelah yang baik hati....


Untuk sesiapa yang nak mencuba, ni resepinya...


Bahan lapisan bawah:
500gm beras pulut
400ml santan cair
Sedikit garam


Bahan lapisan atas:
120gm tepung gandum
120gm tepung jagung
140gm gula
450ml santan pekat
½ sudu teh garam
300ml air
10 helai daun pandan | dikisar dan ambil airnya
3 biji telur


Cara memasak:
1. Untuk lapisan bawahnya, bersihkan beras pulut dan kemudian kukus pulut bersama santan dan garam selama 20 minit. Ketepikan.
2. Setelah masak, keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi.
3. Untuk lapisan atas pula, pukul gula bersama telur hingga kembang.
4. Kemudian masukkan santan yang telah dilarutkan dengan garam diikuti air pandan. Pukul hingga sebati.
5. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan tadi.
6. Kacau lagi adunan agar tidak berbiji dan tapiskan.
7. Tuangkan bancuhan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus hingga masak.

Thursday 9 February 2012

Ayam Masak Merah


Bahan untuk dikisar: 


30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak

Cara memasak :

Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Sumber: Majalah Perempuan Mac 1994 

RAHSIA AYAH DAN IBU

Ayah dan  ibu sudah menikah 30 tahun dan Mikail tidak pernah melihat mereka bertengkar. 

Bagi Mikail, perkawinan ayah dan ibu menjadi teladan baginya.

Setelah menikah, dia dan isterinya sering bertengkar kerana hal-hal kecil.

Ketika pulang kerumah ayahnya, Mikail menuturkan keluhannya pada ayahnya.

Ayahnya mendengarkan kemudian masuk, keluar dgn mengusung buku-buku dan  ditumpuknya di depan Mikail.

Sebahagian buku sudah kuning, kelihatannya sudah disimpan lama. Dengan penuh rasa ingin tahu Mikail mengambil satu buku itu. Tulisannya benar tulisan ayahnya, agak senget dan  aneh, ada yang jelas, ada yang kabur, bahkan ada yang tulisannya sampai menembusi beberapa halaman. Mikail membaca halaman-halaman  buku itu.

Semuanya merupakan catatan hal2 kecil, “Suhu udara berubah jadi dingin, dia mula mengambil baju sejuk untukku. Anak-anak berbisik, untung ada dia.” Semua itu catatan kebaikan dan cinta ibu kepada ayah, cinta ibu kepada anak-anak dan keluarga.

Matanya berlinang air mata. Mikail mengangkat kepala, dengan haru dia berkata pada ayahnya, “Ayah, saya sangat kagum pada ayah dan ibu.”

Ayahnya berkata, “Tidak perlu kagum, kamu juga boleh.” Ayah berkata lagi, “Menjadi suami isteri selama puluhan tahun, tdk mungkin menghindari pertengkaran.
Ibumu kalau kesal, suka cari pasal, melepaskan kemarahannya dan berleter.
Dalam buku aku tuliskan yang  telah ibumu lakukan demi rumah tangga ini. Seringkali hatiku penuh amarah waktu menulis, kertasnya sampai koyak, tembus oleh pen. Tapi aku terus menulis semua kebaikannya. Aku renungkan, akhirnya emosi itu lenyap, yang tinggal semuanya kebaikan ibumu."

Thursday 2 February 2012

Kitab al-Quran tidak terbakar di rumah kedai yang hangus terbakar

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.
Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.


sumber : HMO

Nota penulis :
Kejadian sama berlaku pada sebuah rumah rakan saya pada bulan November 2011. Kebakaran bermula pada tengahmalam. Waktu itu semua penghuni rumah sudar tidur. Kebakaran bermula di bilik anaknya. Alhamdullah rakan saya dan suami serta 4 orang anak mereka sempat menyelamatkan diri.

Disebabkan bomba lambat sampai kerana tersilap menemui tempat kejadian, tidak ada apa yang dapat diselamatkan kecuali ayat al-Quran yang tergandung di dinding rumah langsung tidak dijilat api. Ia menunjukkan kemulian al-Quran dan kebesaran Allah untuk orang yang mahu berfikir. Subhanallah.

Wednesday 1 February 2012

Doa Mengelak Dari Menjadi Pelupa



اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأَرْضِنَا

Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224)

Amalan: Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.

Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Jangan Makan Udang dan Vitamin C

Ini adalah artikel dari email yabg singgah dalam mailbox saya. Sejauh mana kesahihannya, saya tak pasti, wallhu a'lam. Tapi ia satu info yang menarik. 


Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Selepas bedah siasat awal ia disahkan bahawa kematian disebabkan keracunan arsenik.

Dari manakah arsenik yang datang?

Polis melancarkan siasatan secara mendalam dan meluas. Seorang profesor institusi perubatan telah dijemput untuk datang membantu menyelesaikan kes itu.

Profesor dengan berhati-hati melihat kandungan darah. Dalam kurang dari setengah jam, misteri itu dapat diselesaikan.

Profesor itu berkata: 'simati tidak membunuh diri atau dibunuh, beliau meninggal dunia akibat kemalangan dari kejahilan!'

Semua orang hairan, mengapa kematian akibat kemalangan dari kejahilan?

Profesor itu menjelaskan: 'arsenik dihasilkan dalam perut si mati.' Si mati yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari, yang dengan sendirinya tidak menjadi masalah.

Masalahnya ialah bahawa dia makan sebahagian besar udang semasa makan malam. Makan udang tidak mendatangkan masalah dan tiada apa yang berlaku kepada keluarganya walaupun mereka telah sama-sama udang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama si mati juga mengambil vitamin C ', itulah yang mendatangkan masalah!

Penyelidik di University of Chicago di Amerika Syarikat, mendapati selepas melalui uji kaji, makanan yang seperti kekerang lembut (shell) mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium.

Makanan itu segar dengan sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Walau bagaimanapun, dalam mengambil vitamin C, tindak balas kimia berlaku dan asal unsur-unsur bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Keracunan arsenik mempunyai peranan magma dan boleh menyebabkan kelumpuhan kepada saluran darah yang kecil. Oleh itu, orang yang mati akibat keracunan arsenik akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan dari telinga, hidung, mulut & mata. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, JANGAN makan udang apabila mengambil vitamin C '.

Setelah membaca ini, jangan kedekut. Sila kongsi dengan rakan-rakan anda.