Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Wednesday, 29 February 2012

Bahaya dan halal/haram minyak terpakai yang dijual dalam peket

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi berkata, ujian yang dijalankan ke atas 19 jenama minyak masak murah di seluruh negara mendapati minyak masak yang telah digunakan dan didedahkan pada haba panas berulang kali tidak selamat untuk kesihatan pengguna.Beberapa pengilang dipercayai membeli minyak masak terpakai di restoran menerusi orang tengah dan memprosesnya semula untuk dijual.

Sampel yang dihantar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk diuji ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semua 19 jenama tidak menepati piawaian antarabangsa.

Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Status halal/haram  minyak masak ini juga meragukan. Minyak masak kitar semula ini biasanya dijual dalam bentuk peket 1 kg. 



Senaman mata kuatkan ingatan

Boleh try cuba nih....


Boleh pening juga rasanya....thanks to wangciber.com

Friday, 20 January 2012

Al-Fatihah untuk Izwan Pilus

Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Ampang pada 6.15 Petang (Jumaat). Menurut adiknya Aril AF dilaman Twitter, Izwan Pilus yang berusia 33 tahun meninggal di sebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.


Pesan Imam Al-Ghazali 
“Ketahuilah bahawasanya dunia ini adalah tempat singgah untuk sementara waktu, bukan tempat tinggal yang sebenarnya, sedangkan manusia di dalamnya selaku musafir yang sedang berkelana. Awal pertama manusia singgah dalam perut ibunya, dan yang terakhir manusia singgah di liang kubur"

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Izwan Pilus, semoga Allah memberi keampunan dan rahmat kepadanya dan semoga Allah tempatkan bersama golongan yang beriman. Mati tidak mengenal tua atau muda, tidak pula lambat atau cepat walau sesaat.

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun.

Wednesday, 18 January 2012

Santai di Kampung Tuk Wan

Kampung Tuk Wan terletak di Pendang. Inilah tempat saya dibesarkan. Sejak kecil inilah pemandangan yang yang kami tatap saban musim. Hingga kini saya sangat menghargai keindahan panorama alam yang ada di kampung Tuk Wan. (Tuk Wan ialah nama panggilan anak-anak saya terhadap ayah saya).



 

Gambar atas adalah bunga-bunga teratai yang tumbuh menjalar di dalam sungai. Untuk sampai ke rumah Tuk Wan kereta akan menyusur sepanjang tepi sungai yang dalamnya terdapat bunga-bunga teratai yang mekar dan memerah. Sesekali balik kampung Tuk Wan, mata takkan jemu menikmati keindahan teratai merah di sepanjang sungai. Subhanallah indahnya kampung Tuk Wan!

Kebanyakan penduduk di kampung Tuk Wan megerjakan sawah bendang. Ada sebahagian kecil kerja dengan kerajaan dan menjadi penoreh.


Ini adalah gambar pemandangan waktu senja di kampung Tuk Wan. Sawah sudah dibajak dan pesawah sedang bersiap sedia menabur benih padi di dalam sawah.



Gambar padi sedang hampir menguning. Sepanjang pokok padi membesar dan berbuah, pesawah akan memastikan sawah mereka tidak dirosakkan oleh makhluk perosak, seperti tikus, siput gondang, dan serangga perosak. Waktu ini terdapat banyak burung-burung yang dagingnya lazat boleh ditangkap dengan menggunakan kemahiran tertentu.

Pada waktu ini juga banyak terdapat berbagai jenis ikan di dalam sawah. Kami selalu memancing di sawah pada musim ini. Ikan-ikan yang biasanya kami selalu dapat adalah seperti ikan puyu, haruan dan keli. Bestnya memancing, letak je kail terus dapat, letak je dapat...:()

Sewaktu kami kecil, musim padi hampir menguning inilah emak dan jiran-jiran membuat emping beramai-ramai di waktu malam. Suasananya macam pesta. Ada yang menggoreng padi, ada yang menumbuk emping dan ada yang memisahkan emping yang sudah ditumbuk dengan hampasnya. Tradisi seperti ini mengeratkan hubungan sesama jiran. Ia adalah nostalgia lama yang sekarang sudah tidak dilakukan lagi.


Kawan saya kata, ia seperti gambar sebuah lukisan. Gambar ini diambil dengan menggunakan kamera telefon bimbit saya. Menatap gambar ini, ia menggamit kenangan lampau tentang kehidupan di kampung yang adakala ingatannya berbalam-balam.

Akhir sekali, sudilah membaca bait-bait puisi yang berlatarkan kampung Tuk Wan. Ia sebagai mendalami dasar hati pesawah yang sekian hari yang dilaluinya dibakar panas matahari demi mencari sesuap nasi.


Monday, 16 January 2012

Kelemahan filem Ombak Rindu

Saya bukanlah peminat filem, tapi memandangkann ramai orang memperkatakan tentang ombak rindu yang meruntun hati penonton, saya cuba menontonnya sekali. Ombak rindu adalah cerita tema biasa yang selalu terdapat dalam filem-filem lain, iaitu cinta antara dua darjat.

Apa yang menjadi kelainan dari filem-filem lain hingga menyebabkan ia menjadi filem box office ialah dari susut pengarahan dan pengolahan ceritanya. Dari awal lagi filem airmata ini berjaya menyentuh emosi penonton dengan kehidupan sempit dan serba kekurangan yang dilalui Izzah.

Selepas bertemu Haris dan melalui berbagai babak 'antara dua darjat' akhirnya Izzah hidup bahagia dengan Haris. Pengolahan cerita dan seni pengarahan yang baik menjadikan filem ini tidak bosan untuk ditonton dari babak ke babak.



Bagaimanapun dari sudut penceritaan, ada sedikit kelemahan iaitu:

1. Penampilan bapa saudara Izzah yang nampak terlalu jahat. Semasa bapa saudara Izzah mengayuh sampan untuk pulang ke rumah, penonton sudah dapat mengagak bapa saudaranya memegang watak jahat yang menyukarkan kehidupan Izzah.

2. Ketika Haris menolong Izzah sewaktu adegan hampir kemalangan, Haris basah kuyup kerana hujan lebat. Peliknya, ketika Haris masuk menemui Izzah yang tidak sedar sejurus selepas itu baju yang sama dipakainya ketika hujan telah kering. Begitu juga singlet yang dipakainya tidak menunjukkan tanda basah. Begitu cepat kering??

4. Begitu mudah Izzah menerima Haris dalam hidupnya. Ia tidak memperlihatkan babak penolakan Izzah terhadap Haris, walhal Haris adalah orang yang merosakkan hidupnya. Mungkin Izzah menerima Haris kerana Haris menyelamatkan Izzah dari terus terjerumus dalam kancah pelacuran. Bagaimanapun sepatutnya ada selitan babak lain yang dapat menutup kekurangan ini.

4. Izzah adalah watak gadis kampung, namun wajah Maya Karin tidak mempunyai wajah kemelayuan. Dia, malah mempunyai wajah kacukan Melayu Inggeris yang tidak sinonim dengan wajah gadis kampung yang pingitan. Apakah mungkin kita kekurangan wajah wanita melayu yang tak kurang hebat cantiknya berbanding Maya Karin?

Begitupun, filem Ombak Rindu telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menampilkan tema antara dua darjat yang mampu membuatkan penonton mengalirkan airmata.