Wednesday 29 February 2012

Bahaya dan halal/haram minyak terpakai yang dijual dalam peket

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi berkata, ujian yang dijalankan ke atas 19 jenama minyak masak murah di seluruh negara mendapati minyak masak yang telah digunakan dan didedahkan pada haba panas berulang kali tidak selamat untuk kesihatan pengguna.Beberapa pengilang dipercayai membeli minyak masak terpakai di restoran menerusi orang tengah dan memprosesnya semula untuk dijual.

Sampel yang dihantar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk diuji ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semua 19 jenama tidak menepati piawaian antarabangsa.

Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Status halal/haram  minyak masak ini juga meragukan. Minyak masak kitar semula ini biasanya dijual dalam bentuk peket 1 kg. 



No comments:

Post a Comment