Wednesday 15 February 2012

Masak Lemak Ikan Terubuk Masin dengan Nangka Muda


Sekali-sekala makan nasi dengan ikan kering ni best juga. Masakan kuning berlemak ni biasanya orang Negeri Sembilan panggil gulai. Kalau orang utara, depa panggil masak lemak. Saya belajar masakan lemak kuning ni dari kawan-kawan Negeri Sembilan. Bahan asas dia senang saja, iaitu serai, kunyit, cili padi, santan dan sedikit asam keping. Untuk menikmati hidangan masakan masak lemak ikan terubuk masin dengan nangka ni, cuba lah respi di bawah.

Bahan-bahan
2 potong nangka
1/2 ekor ikan terubuk masin (dibuang sisik dan direndam untuk membuang masinnya)
7 biji cili padi  
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
2 cawan santan pekat.

Nangka dipotong, basuh dan toskan, kemudian direbus sehingga lembut
Potong ikan terubuk menjadi cebisan yang lebih kecil
Cili padi dan kunyit ditumbuk halus

Masukkan santan ke dalam periuk
Masukkan cili padi dan kunyit hidup yang telah ditumbuk tadi. Masukkan sekali serai dan asam keping
Biarkan kuah mendidih dan jaga api supaya tidak kuat dan tidak terlalu perlahan untuk memastikan santan tidak pecah minyak.
Masukkan ikan masin dan nangka
Biarkan lagi hingga mendidih dan ikan masak.
Masukkan garam dan sesuaikan dengan rasa yang dikehendaki

No comments:

Post a Comment