Tuesday 17 January 2012

Hotel Swiss Garden Kuantan Destinasi Keluarga Ku

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman percutian kami ke Kuantan. Saya sekeluarga sering juga ke Kuantan Pahang kerana mengikut suami bekerja di luar daerah. Salah satu hotel kegemaran kami ialah Hotel Swiss Garden Kuantan



Hotel Swiss Garden Kuantan terletak di Pantai Balok, ia mempunyai pantai yang indah dan terpelihara, berdekatan dengan bandar pantai timur Kuantan.Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan menyediakan 304 buah bilik penginapan mewah yang dikelilingi persekitaran semulajadi. Bilik-bilik tersebut terdiri daripada 111 Deluxe Pemandangan Laman, 134 Pemandangan Laut, 23 Bilik Famili, 16 Bilik Studio and 20 Bilik Eksekutif. Kehijauan pokok dan air laut yang jernih menyambut kedatangan pengunjung ke pantai ini. Di hotel ini juga terdapat pelbagai pilihan restoran antaranya termasuklah Garden Terrace, Swiss Deli yang terletak di Blue Chip Lounge, Malibu Fun Pub dan Blossom Chinese Restaurant. Kemudahan yang disediakan di sini antaranya ialah Jakuzi terbuka, dewan bankuet dan bilik persidangan. Bagi tetamu yang ingin membelai diri pula anda bolehlah berkunjung keSamsara Spa.

Hotel ini sangat sesuai untuk percutian keluarga, tak kira keluarga kecil atau besar kerana kawasannya yang sangat luas dan selesa dan kemudahannya yang banyak. Kemudahan kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa ada disediakan. Kolam renang kanak-kanaknya berhampiran dengan Garden Terrace , ini memudahkan para ibu bapa memantau anak-anak mereka mandi di kolam renang sambil menikmati minuman dan berehat. Padang permainan kanak-kanak juga tersedia berdekatan dengan kolam hotel ini. Kemudahan bilik permainan kanak-kanak juga ada beserta bilik tv dan video yang diberi namaTupai Kid's Club. Untuk mereka yang gemar bersukan pula, terdapat gelanggang tenis, kemudahan gim dan sukan air. Tempat membeli belah Trader's Loft pula bagi pengunjung yang ingin membeli barangan tambahan.



Selain itu dekorasi moden dan mewah juga terdapat di kawasan lobi dan juga di bilik. Permandangan dan pantainya yang indah dengan pasir yang halus menggamit pengunjung untuk kembali ke sini.



No comments:

Post a Comment