Friday 20 January 2012

Pasangan Baran

Sewaktu saya bekerja di sebuah syarikat pengedar kereta keluaran Perancis, saya berkenalan dengan seorang rakan sekerja yang sudah berumahtangga. Usianya dalam 20an dan mempunyai seorang anak.Setelah beberapa lama kenal, dia memberitahu rumahtangganya berantakan disebabkan suaminya seorang yang baran.

Sewaktu bertunang lagi, pernah tangannya dicucuh dengan api rokok gara-gara cemburu. Selepas berkahwin, kelakuannya makin teruk. Sewaktu mengandung anak kedua suaminya menendangnya hingga terperosok bawah katil hingga menyebabkan keguguran. Malangnya nasib kawan saya, dia sudah dapat mengesan tabiat buruk suaminya sejak bertunang lagi, tapi dia nekad meneruskan juga perkahwinan.

Ada seorang lagi rakan yang tak kurang hebat juga panas baran pasangannya. Jika dia terlambat membukakan pintu semasa suaminya pulang dar kerja, mukanya akan dilumurkan dengan pes cili. Jadi kawan saya takkan tidur, kadang-kadang hingga ke puku 3 pagi selagi suaminya belum balik dari kerja. Esoknya, pagi-pagi lagi dia ke pejabat dalam keadaan yang tidak cukup tidur dan lesu.

Begitulah mereka, hari-hari menghadapi karenah suami yang baran. Jika tersilap sikit bukan setakat sumpah seranah, tetapi juga tindakan suami mereka membahayakan pasangan. Berikut adalah tip menghadapi panas baran pasangan yang di berikan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.


Doa agar kamu dan dia sentiasa sabar, baca doa pelembut hati;
1. Al-Fatehah
2. Ayat Kursi 
3. Surah Ta Ha: 1-5
4. surah Al Hasyr:21-24 
Hembus ke badan, makanan, gambar
Bila nak cakap baca dlm hati Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir utk mudah dia dengar
Sentiasa puji n peluk dia
Elak lakukan apa yg dia benci
Kerap lakukan apa yg dia suka
Beri sebelum diminta
Gunakan gerak batin utk baca fikirannya
Manjakan dia
Kurangkan makan daging merah dan banyakkan makan ikan dan ayam
Makan buah sebelum makan nasi
Bermaafan sebelum tidur
Diam bila pasangan marah
Bincang masa tenang

Ada seorang kawan bercerita tentang adiknya yang selalu dibuli oleh suaminya yang panas baran.Diam-diam adiknya pergi belajar seni mempertahankan diri selepas balik dari pejabat. Bila dia hampir menguasai seni mempertahankan diri, dia akan membalas setiap serangan ganas suaminya, hingga akhirnya suaminya kalah. Akhirnya, suaminya tak berani-berani lagi naik tangan padanya.

Semua cerita-cerita di atas adalah kisah benar. Pasangan kita bukannya kuli yang boleh dibuat sesuka hati. Mereka adalah amanah Allah untuk kamu dan di akhirat nanti kamu akan disoal tentang tanggungjawab kamu.

No comments:

Post a Comment