Monday 16 January 2012

Kelemahan filem Ombak Rindu

Saya bukanlah peminat filem, tapi memandangkann ramai orang memperkatakan tentang ombak rindu yang meruntun hati penonton, saya cuba menontonnya sekali. Ombak rindu adalah cerita tema biasa yang selalu terdapat dalam filem-filem lain, iaitu cinta antara dua darjat.

Apa yang menjadi kelainan dari filem-filem lain hingga menyebabkan ia menjadi filem box office ialah dari susut pengarahan dan pengolahan ceritanya. Dari awal lagi filem airmata ini berjaya menyentuh emosi penonton dengan kehidupan sempit dan serba kekurangan yang dilalui Izzah.

Selepas bertemu Haris dan melalui berbagai babak 'antara dua darjat' akhirnya Izzah hidup bahagia dengan Haris. Pengolahan cerita dan seni pengarahan yang baik menjadikan filem ini tidak bosan untuk ditonton dari babak ke babak.



Bagaimanapun dari sudut penceritaan, ada sedikit kelemahan iaitu:

1. Penampilan bapa saudara Izzah yang nampak terlalu jahat. Semasa bapa saudara Izzah mengayuh sampan untuk pulang ke rumah, penonton sudah dapat mengagak bapa saudaranya memegang watak jahat yang menyukarkan kehidupan Izzah.

2. Ketika Haris menolong Izzah sewaktu adegan hampir kemalangan, Haris basah kuyup kerana hujan lebat. Peliknya, ketika Haris masuk menemui Izzah yang tidak sedar sejurus selepas itu baju yang sama dipakainya ketika hujan telah kering. Begitu juga singlet yang dipakainya tidak menunjukkan tanda basah. Begitu cepat kering??

4. Begitu mudah Izzah menerima Haris dalam hidupnya. Ia tidak memperlihatkan babak penolakan Izzah terhadap Haris, walhal Haris adalah orang yang merosakkan hidupnya. Mungkin Izzah menerima Haris kerana Haris menyelamatkan Izzah dari terus terjerumus dalam kancah pelacuran. Bagaimanapun sepatutnya ada selitan babak lain yang dapat menutup kekurangan ini.

4. Izzah adalah watak gadis kampung, namun wajah Maya Karin tidak mempunyai wajah kemelayuan. Dia, malah mempunyai wajah kacukan Melayu Inggeris yang tidak sinonim dengan wajah gadis kampung yang pingitan. Apakah mungkin kita kekurangan wajah wanita melayu yang tak kurang hebat cantiknya berbanding Maya Karin?

Begitupun, filem Ombak Rindu telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menampilkan tema antara dua darjat yang mampu membuatkan penonton mengalirkan airmata.

No comments:

Post a Comment